Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin menyentuh hati ramai apabila berkongsi perbualannya bersama pelakon, Allahyarhamah Nadia Kesuma.
Menerusi hantaran di platform Instagram (IG) miliknya, Nur Zarina Mohd Zainuddin, 56, memuat naik tangkap layar perbualan mereka di WhatsApp.
Berdasarkan perbualan mesej tersebut, Allahyarhamah Nadia berkata dia mengingati setiap nasihat yang diberikan Zarina.
Bukan itu sahaja, Allahyarham Nadia yang baru sahaja meninggal dunia di Jeddah akibat sakit jantung itu turut mengakui dia tidak pernah terasa hati terhadap Zarina.
Sementara itu, di ruangan kapsyen, aktres drama rantaian Rajuk Karina itu mengakui pemergian Allahyarhamah Nadia itu dicemburui kerana menghembuskan nafas terakhir di bulan Rejab.

Sekadar info, jenzah Allahyarhamah Nadia Kesuma selamat dikembumikan di tanah perkuburan Dhahban, Jeddah semalam.
Nadia telah kembali ke rahmatullah di Jeddah setelah dilaporkan hilang sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah pada 15 Januari 2026 iaitu pada Khamis.
Artikel Berkaitan: Lebih 500 Jemaah Solatkan Jenazah Allahyarham Nadia Kesuma – “Pengakhiran Yang Sempurna & Baik”
Artikel Berkaitan: Rakaman CCTV Jadi Bukti Arwah Nadia Kesuma Rebah Di Lapangan Terbang Jeddah





