Pelakon Qi Razali berkata dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa serta sudah menyiapkan segala keperluan untuk menyambut kelahiran anak sulungnya itu.
Memetik mStar Online, Qi berkata dia dan isterinya baru mengetaui ada pakaian bayi bermula dengan saiz kosong bulan.
BACA: Qi Razali Bakal Jadi Babah, Isteri Hamil 5 Bulan
“Saya sudah beli semua keperluan bayi, termasuk lampin yang bebas bahan kimia dan sabun. Baby cot pun sudah ada, barangan asas semuanya sudah disediakan. Kami juga baru tahu sebenarnya baju bayi ada saiz kosong bulan, sebelum ini memang tak tahu langsung wujud saiz begitu,” katanya.
Sementara itu, Qi berkata dia juga sudah bersedia dari segi mental untuk berjaga lewat malam untuk membantu isterinya selepas bersalin kelak yang memerlukan rehat selepas bersalin.
“Soal bersedia untuk bangun tengah malam kerana ramai yang tanya perkara itu. Saya faham kenapa pada peringkat awal, lelaki perlu ada menemani pada waktu malam sebab isteri yang baru bersalin perlukan rehat.
“Kalau boleh berjaga tengok bola lewat malam, takkan tak boleh berjaga untuk jaga bayi. Cuma sekarang ini kadang-kadang separuh masa pun sudah tertidur.
“Saya juga ada minta tips daripada kawan-kawan terdekat yang sudah berpengalaman. Perkara paling dirisaukan sekali tentulah soal keselamatan isteri ketika masuk dewan bersalin. Itu memang menakutkan, tapi kami hanya mampu berdoa yang baik-baik dan sentiasa ada bersama dia,” katanya.
Dalam pada itu, Qi berkata dia dan isteri sudah berbincang mengenai pemilihan nama anak dan lebih memilih ke arah nama klasik.
Nama bayi memang sudah ada beberapa pilihan. la dipilih bersama, bukan melalui undian. Kami lebih cenderung kepada nama klasik Melayu, tidak terlalu moden.
“Untuk jantina bayi, doktor ada beritahu kelihatan seperti perempuan, macam ‘princess’, tapi masih belum tahu lagi jantina sebenarnya.
“Kami serahkan sahaja dan tunggu. Apa yang penting, kami mahu beri satu nama yang bermakna. Saya suka nama Anggun dan mungkin belakangnya ada tambah nama moden sikit,” katanya.
Sumber: mStar Online






