Pelakon dan usahawan terkenal, Fazura tampil berseloroh ketika menjelaskan mengenai produk beg tangan dibawah jenamanya yang didakwa dibuat menggunakan kulit biawak.
Menurut Fazura, haiwan berkenaan tidak mempunyai nilai komersial untuk dijadikan produk mewah, sebaliknya lebih wajar diserahkan kepada pihak yang memerlukan.
Faz berkata demikian ketika sesi siaran langsung di platform TikTok miliknya dan dikongsikan semula oleh peminatnya di platform Threads.
“Biawak tak boleh buat handbag, tak boleh buat apa.
“Biawak saya alu-alukan kita sedekah dekat yang memerlukan. Sebab biawak tak boleh buat handbag. Cantik pun tidak.. Jadi kita sedekah dekat orang. Sedekah dekat yang lebih memerlukan itu lebih afdal,” katanya.

Dalam nada berseloroh, Fazura turut menyebut bahawa masih ada individu yang gemar mendampingi ‘biawak’.
“Ramai juga suka biawak. Ramai di luar sana yang memang suka dan rela didampingi biawak. Tak nak terlepas kan? Jadi sambar terus.
“Jadi kepada sesiapa yang tanya saya buat guna kulit biawak tu. Tidak. Saya buat kulit buaya je. Ni buaya-buaya tak guna tu kita buat handbag,” jelasnya.
Bagaimanapun, perkongsian video berkenaan telahpun dipadam beberapa jam ia dimuat naik.
Sekadar info, beg tangan yang diperbuat daripada kulit buaya itu merupakan produk keluaran terbaru syarikat Fazura yang bakal dilancarkan pada 30 Januari 2026.






