“Terima Kasih Uqasha” – Kamal Adli Gembira Dapat Lepas Rindu Jumpa Hawra

“Terima Kasih Uqasha” – Kamal Adli Gembira Dapat Lepas Rindu Jumpa Hawra


Pelakon Kamal Adli dilihat gembira apabila memberitahu dia dapat bertemu dengan anaknya, Hawra Uqaira selepas dua minggu tidak berjumpa.

Memetik mStar Online, Kamal berkata meskipun dapat meluangkan masa sebenar namun dia seronok dapat melihat telatah anak kesayangannya.

BACA: “Kamal, Uqasha Ada Khilaf Masing-Masing, Jangan Cepat Menghukum” 

“Hari ini sebelum datang ke sini, saya sempat berjumpa dengan Hawra. Sebab itu saya lambat tadi sebab meluangkan masa bermain dengan dia. Seronok sangat lepas lebih kurang beberapa minggu tidak berjumpa,” katanya.

Sementara itu, Kamal turut mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya, Uqasha Senrose memberi keizinan untuk meluangkan masa dengan Hawra.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Uqasha kerana beri peluang kepada saya untuk meluangkan masa bersama Hawra.

“Saya rasa sangat gembira, memang gembira. Tadi saya dapat beberapa jam pukul 2 hingga 5.30 petang,” katanya.

Kamal turut berkongsikan dia hanya bermaian dengan anaknya di kawasan perumahan Uqasha kerana kesihatan Hawra yang kurang baik.

“Saya tengok dia macam dah nak kena ‘chicken pox’. Jadi tadi dia tak pakai baju. Saya hanya bermain denganya di kawasan bawah rumah saja bukan di taman permainan,” katanya.

Dalam pada itu, Kamal berkata dia akan memastikan untuk meluangkan masa dengan anaknya jika ada kelapangan.

“Sekarang, setiap kali ada masa lapang, saya akan jumpa. Kebetulan hari ini memang saya lapang. Saya baru saja sampai dari Kuantan dan terus pergi jumpa Hawra dulu.  Saya akan cuba cari ruang dan masa untuk berjumpa dengan Hawra. Itu sahaja,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top