“Ada ‘Filter’ Yang Boleh Nampak Cantik, Buat Apa Cucuk Sana Sini”

“Ada ‘Filter’ Yang Boleh Nampak Cantik, Buat Apa Cucuk Sana Sini”


Pelakon Datin Seri Maria Farida berkata dia menolak melakukan prosedur suntikan kecantikan atau mengubah wajahnya untuk nampak muda.

Memetik HibGlam, Maria berkata dia hanya melakukan rawatan wajah asas dan mahu menua secara semula jadi.

BACA: “Suami Pun Okay” – Maria Farida Tampil Seksi Demi Kepuasan Diri

Tambahan pula, Maria berkata di zaman teknologi ini kita boleh menggunakan ‘filter’ yang boleh membuatkan gambar kelihatan cantik berbanding ‘cucuk’.

“Prosedur yang saya lakukan hanya rawatan biasa, bukan jenis yang melibatkan cucuk sana sini. Bagi saya, menua secara semula jadi itu lebih baik berbanding cucuk muka hingga kelihatan bengkak dan pelik.

“Lebih baik kita hargai apa yang Allah kurniakan selain memanjakan kulit secara alami. Saya tak kisah pun apabila ketawa, semua boleh nampak kedutan di mata dan sebagainya.

“Kita kan punya teknologi canggih, ada ‘filter’ yang boleh nampak cantik, kulit tegang dalam gambar. Lebih baik begitu daripada cucuk sana sini,” katanya.

Sementara itu, Maria berkata ramai menuduhnya melakukan operasi pada wajah namun pelakon tu rasa bertuah kerana semua keluarganya awet muda.

“Mungkin faktor genetik juga memberi kesan. Saya bersyukur kerana ahli keluarga saya semuanya awet muda. Ibu saya, arwah nenek dan di sebelah keluarga ayah termasuk dari Filipina, semuanya nampak tak dimamah usia,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top