Houthi serang lapangan terbang Arab Saudi

Houthi serang lapangan terbang Arab Saudi


SANAA: Houthi yang disokong Iran di Yemen mendakwa pada Selasa bahawa mereka telah menyerang sebuah lapangan terbang di Arab Saudi ketika ketegangan antara kedua-dua pihak semakin memuncak selepas kumpulan  itu mengisytiharkan sekatan maritim terhadap Riyadh dan menyerang kapal-kapalnya.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree berkata, mereka berjaya menyasarkan satu sasaran sensitif milik musuh Saudi di Lapangan Terbang Najran menggunakan dron.

Beliau menambah bahawa serangan ke atas lapangan terbang di selatan Arab Saudi idilakukan sebagai tindak balas terhadap pencerobohan ruang udara di wilayah Saada dan Hajjah oleh negara beraja itu menggunakan dron.

Satu sumber serantau yang mengetahui perkara itu memberitahu AFP bahawa radar utama lapangan terbang tersebut telah terkena serangan, sekali gus menjejaskan operasinya.

Setakat ini, Arab Saudi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan serangan tersebut. – AFP/AGENSI



Source link

OR

Scroll to Top