Pelakon Nur Fazura membuat pengumuman mengejutkan apabila secara rasmi bersara daripada berlakon drama di semua stesen televisyen.
Memetik Harian Metro, Fazura berkata dia membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan pelbagai faktor serta mahu memberi perhatian penuh kepada anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
BACA: Netizen Puji Fazura Dukung Anak Sambil Angkat Stroller
“Buat masa ini, secara rasminya saya bersara daripada berlakon drama di semua stesen TV di Malaysia. Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan, jadi saya bercakap dengan ‘beralas’,” katanya.
Menurut Fazura lagi, dia dan anaknya mempunyai hubungan yang rapat dan Fatima mengalami ‘separation anxiety’ seandainya ditinggalkan terlalu lama.
“Fatima sangat rapat dengan saya. Dia tak boleh berjauhan dengan saya terlalu lama. Kalau saya keluar bekerja dalam tempoh yang panjang, dia akan cari saya. Kalau tidur pun dia tunggu saya balik.
“Kekangan masa ini antara faktor saya ambil keputusan ini. Sudah tentu ada juga beberapa perkara lain yang mendorong saya membuat keputusan untuk berhenti berlakon drama di semua stesen TV di Malaysia,” katanya.
Bagaimanapun, Fazura berkata dia terbuka untuk menerima tawaran lakonan filem dan masih aktif dalam nyayian serta sedang mengikuti kelas vokal.
“Dari segi filem pula, saya masih terbuka bergantung kepada projek. Fokus saya kini lebih kepada filem, sama ada di Malaysia dan Indonesia.
“Untuk bidang muzik, masih ada beberapa perancangan termasuk daripada Universal Music Malaysia. Saya juga masih berminat untuk menghasilkan lagu dan kini sudah mula mengikuti kelas vokal,” katanya.
Sumber: Harian Metro






