Alonso tak mahu pemain 'separuh hati'


London: Xabi Alonso berkata, beliau mahukan pemain yang ‘benar-benar mempunyai keinginan’ untuk beraksi bersama Chelsea selepas Enzo Fernandez diketepikan daripada skuad ketika kemenangan Piala Liga ke atas Luton.

Pemain tengah Argentina itu dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City, namun setakat ini tiada kelab yang memenuhi nilai £120 juta (RM660 juta) yang ditetapkan Chelsea untuk Fernandez.

Pemain berusia 25 tahun itu masuk sebagai pemain gantian ketika kemenangan 3-2 Chelsea ke atas Fulham.

Bagaimanapun, bekas pengurus Real Madrid itu memberi bayangan Fernandez mungkin sekali lagi tidak diturunkan ketika menentang Brighton, Ahad ini.

“Kami perlu mengambil kira segala-galanya, pemain yang berada dalam keadaan terbaik dan pemain yang tidak merasakan tenaga atau keinginan untuk bermain.

“Bagi saya, sangat penting mereka mempunyai keinginan untuk bermain dan membuat persiapan dengan baik,” kata Alonso.

“Kami berbincang dan memutuskan bahawa untuk perlawanan menentang Luton, lebih baik dia tidak berada dalam skuad. Dia pemain bertaraf tinggi, tiada keraguan mengenainya.”

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top