Isteri kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed iaitu Hana Ismail menerima kritikan hebat di media sosial selepas tular semula video temu bual podcast bersama penyanyi rap, Caprice.
Video tersebut memaparkan Caprice bertanya kepada Hana atau nama lengkapnya, Nurulhana Ismail ini mengenai apakah nasihat atau pesanannya terhadap mangsa rogol Da’i Syed.
Hana berkata mangsa tersebut perlu belajar untuk berdamai dengan takdir, serta memaafkan diri sendiri sebelum mengambil tindakan dengan mendedahkan masalah itu kepada umum.
“Saya nak bagitahu, kita semua melalui ujian. Saya simpati apa yang terjadi pada mangsa, cuma saya nak dia faham bahawa tak semua perkara dalam dunia ini kita perlu bagitahu semua orang.
“Jadi, kadang-kadang apa yang kita perlu adalah berdamai dengan diri sendiri. Maafkan diri sendiri dahulu. Terima kelemahan dan kelebihan diri. Belajar memafkan diri,” katanya.
Meninjau ke ruangan balas, rata-rata netizen meluahkan rasa berang terhadap mesej Hana itu yang dianggap tiada empati terhadap wanita tersebut yang menjadi mangsa rogol suaminya.
Pada Jumaat, Da’i Syed kekal bersalah dan terus dihantar ke penjara selepas rayuannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kesalahan merogol seorang wanita pada 2019.
Hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan terhadap pemilik nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful kekal dan mula dikuatkuasakan serta-merta.
Artikel Berkaitan: Da’i Syed Kekal Bersalah, Hukuman Penjara 10 Tahun & Tiga Sebatan Dikuatkuasakan Serta-Merta
Artikel Berkaitan: Hana Ismail Ambil Keputusan Besar, Rehat Panjang Dari Dunia Pengacaraan Demi Keluarga – “Da’i Syed Nasihat Supaya Saya…”






