Pelakon, Puteri Balqis sekali lagi menjadi perhatian apabila tampil lantang mempertahankan bapa tirinya, Faris, susulan dakwaan liar kononnya lelaki itu seorang penagih dadah.
Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story (IGs), Balqis atau mesra disapa Aqish, 18, dilihat tidak lagi mampu berdiam diri apabila keluarganya sekali lagi menjadi sasaran tuduhan tidak berasas, sama seperti yang pernah menimpa ibunya sebelum ini.
“Sekarang ayah tiri aku pula dituduh penagih. Benda sama yang kena pada mak dulu. Sebelum Faris dijadikan kambing hitam, aku jelaskan di sini,” katanya.
Aqish turut menjelaskan Faris merupakan seorang lelaki yang bertanggungjawab, bekerja setiap hari dan sentiasa berada di sisi ibunya ketika sakit atau dimasukkan ke hospital.
“Kalau mak aku sakit, Faris yang jaga sepenuhnya. Dekat set penggambaran pula, kalau ada yang ajak hisap dadah, dia senyum, tolak dan terus blah. Sama macam mak aku buat dulu,” luahnya.
Tambah Aqish, tindakan segelintir pihak yang sewenang-wenangnya membuat tuduhan tanpa bukti amat keterlaluan dan tidak adil terhadap keluarganya.
“Takkan bila sampai dekat family kami tak perlu bukti? Takkan cukup dengan ‘alah tengok pun tahu’?” katanya sinis.

Mengulas isu gambar lighter yang tular dan dijadikan kononnya ‘bukti’, Aqish menjelaskan barangan tersebut dibeli beberapa hari sebelum sambutan hari jadi Faris dan digunakan kerana ahli keluarganya memang perokok.
Dalam pada itu, Aqish turut mencabar individu yang membuat tuduhan supaya tampil membuat laporan polis jika benar yakin dengan dakwaan mereka.
“Ada polis bang. Pergi buat laporan. Kawasan elite ke tak elite, polis tetap akan datang,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, nama Aqish hangat menjadi sebutan ramai di media sosial selepas dia mendakwa menjadi mangsa buli aktres, Mia Sara Nasuha, selain didakwa pernah difitnah dan diperangkap oleh individu sama.
Keadaan menjadi semakin tegang apabila Aqish menuntut Mia untuk segera memohon maaf kepadanya termasuk ibunya, Norashikin.
Bagaimanapun, Mia sehingga kini masih mendiamkan diri meskipun pelbagai dakwaan liar berkaitannya tular di media sosial.
Artikel Berkaitan: “Dulu Kau Kutuk Mak Dia Tak Didik Anak, Ni Gelabah Nangis Depan Kamera Tak Dapat Offer Berlakon”- Ayah Tiri Puteri Balqis
Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Bongkar Mesej Kawan Rapat Mia Sara, Cerita Sisi Gelap Didakwa Libat Pergaulan Bebas & Pengkhianatan
Artikel Berkaitan: “Yang Makan D*dah, Minum Ar*k, Gugurkan Anak Bukan Aku, 100 Peratus Kau!,” – Puteri Balqis Gesa Mia Sara Mohon Maaf





