“Dalam Menang, Dia Sebenarnya Menjerut Leher Sendiri” – Luahan Anak Sulung Arwah Faziani Rohban Raih Tumpuan

“Dalam Menang, Dia Sebenarnya Menjerut Leher Sendiri” –  Luahan Anak Sulung Arwah Faziani Rohban Raih Tumpuan


Anak sulung kepada pengasas DNARS Skincare, Allahyarham Faziani Rohban, iaitu Iqbar Hakim tampil meluahkan perasaan penuh emosi susulan keputusan mahkamah yang memihak kepada bekas bapa tirinya, Ahmad Shah Rizal, dalam kes saman fitnah.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Iqbar mendakwa masih banyak perkara yang disimpan dan tidak didedahkan kepada umum, malah menegaskan sokongan orang ramai terhadap keluarganya sudah pun jelas sejak awal.

“Sebelum kamu saman saya, satu Malaysia sudah berada di belakang kami kerana perbuatan kamu tak perlu kami dedahkan satu per satu,” katanya.

Menurut Iqbar, banyak perkara yang dipendam termasuk tidak pernah dikongsikan kepada adiknya sendiri, Irdina.

Katanya, bekas bapa tirinya itu seolah-olah lupa bahawa hubungan antara seorang anak sulung dan ibu adalah ikatan paling besar dan tidak dapat dibandingkan dengan apa-apa.

“Hanya seorang lelaki yang pengecut sahaja akan menyaman seorang anak perempuan, sedangkan ibu kami pernah tidur sekatil bersama beliau,” luahnya.

Dalam pada itu, Iqbar turut mengimbau detik paling menyayat hati dalam hidupnya apabila kehilangan ibu tercinta, walaupun menerima kezaliman yang menimpa adik perempuannya, itu.

“Saya tak lupa detik-detik saya memandu kereta selaju 250 kilometer sejam dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu supaya saya sampai terlebih dahulu sebelum jenazah,” katanya.

Iqbar turut menyatakan rasa simpati terhadap bekas bapa tirinya yang didakwa semakin menunjukkan sikap sebenar satu demi satu tanpa disedari, meskipun mungkin merasakan dirinya berada di pihak yang menang.

“Saya kesian kepada beliau. Suami ini telah menunjukkan perangai sebenar beliau satu per satu, Dalam menang, beliau sebenarnya sedang menjerut lehernya sendiri,” ujarnya.

Bagaimanapun, Iqbar menegaskan keluarganya tidak pernah melupakan jasa baik, kasih dan sayang yang pernah ditunjukkan oleh bekas bapa tirinya itu.

Namun, muslihat demi muslihat yang berlaku membuatkan dirinya berasa amat terkilan.

Untuk rekod, sebelum ini Ahmad Shah Rizal telah memfailkan saman fitnah terhadap anak-anak Allahyarham Faziani Robhan berhubung beberapa kenyataan dan dakwaan yang dikongsikan di media sosial.

Mahkamah kemudiannya memutuskan kemenangan memihak kepada Ahmad Shah Rizal, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai di media sosial.

Imbas kembali, Allahyarham Faziani maut dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand jam 10.30 pagi pada 19 Mei 2019 selepas Toyota Estima dipandu suaminya merempuh belakang lori dalam perjalanan untuk menyampaikan sumbangan zakat di Pondok Krong, Yala.



Source link

OR

Scroll to Top