“Saya Jadi Panik” – Mia Sara Akui Silap Tulis Komen

“Saya Jadi Panik” – Mia Sara Akui Silap Tulis Komen


Pelakon Mia Sara akhirnya tampil membuka mulut serta mengakui kekhilafan masa lalu sehingga mengundang salah faham terhadap aktres Puteri Balqis.

Menerusi podcast bersama Datuk Aznil Hj Nawawi, Mia berkata dia tidak menyalahkan Puteri Balqis serta mengakui khilafnya menulis komen yang ‘mengundang’.

BACA: Orang Tak Ambil Saya Serius” – Mia Sara Penat Masih Dianggap Budak-Budak 

Menurut Mia lagi, dia panik susulan kesilapannya itu serta mahu membuat permohonan maaf secara terbuka namun bapanya ketika itu memintanya untuk bertenang kerana bimbang apa saja diperkatakan akan diputar belit.

“Saya tak salahkan dia (Puteri Balqis) sebab bila saya baca balik cara saya tulis pun memang sangat mengundang. Ketika itu, isu tersebut sangat besar dan saya tak tahu nak buat apa.

“Saya jadi panik dan saya cakap la macam boleh tak saya nak buat permohonan maaf secara terbuka. Papa cakap ‘jangan cakap apa-apa, awak tahu apa niat awak, orang putar belit ayat awak, awak tak perlu pertahankan diri’.

“Orang akan gunakan ayat awak untuk putar belit lagi dan ia akan menjadi lebih besar. Jadi, lebih baik berdiam diri,” katanya.

Sementara itu, Mia berkata lagi lebih membuatkan dirinya rasa bersalah apabila Puteri Balqis membuat video permohonan maaf meskipun kesilapan itu daripadanya.

“Kemudian keesokkan harinya, dia minta maaf kepada saya… Puteri Balqis. Dia buat satu video membuat permohonan maaf kepada saya. Saya rasa lebih teruk sebab saya yang tersalah, saya yang cakap saya,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top