Pelakon Zul Huzaimi berkongsikan keperibadian pelakon Allahyarham Ismail Din seorang yang sangat istiqamah dalam beribadah.
Menerusi satu podcast, Zul berkata arwah Ismail mempunyai satu amalan yang mungkin jarang dilakukan oleh kebanyakan individu.
BACA: “Selagi Tak Bayar, Kelas Tak Berjalan” – Zul Huzaimy Tergamam Kelas Mengaji Cas RM300
Menurut Zul, dia yang pernah terlibat dalam satu projek bersama berkata arwah akan meminta pihak produksi membuat potongan zakat daripada gaji secara terus.
“Arwah Ismail Din ada satu amalan yang jarang dibuat. Contoh kalau gaji saya bernilai RM5,000, gaji dia pula hanya RM4,875.
“Jadi saya tanyalah kenapa Pak Ismail minta macam ini. Dia jawab, ‘Saya dah minta produksi potong zakat sebanyak 2.5 peratus’, kongsinya.
Sementara itu, Zul berkata amalan arwah memberi kesan mendalam kepadanya sehingga dia juga turut melakukan perkara sama.
“Itulah amalan dia yang saya amalkan juga sehingga ke hari ini, setiap kali saya dapat payment,” katanya.
Dalam pada itu, Zul turut berkongsikan sisi arwah Ismail seorang yang menjaga ibadah dan tidak pernah meninggalkan solat sunat Tahajud.
“Pernah saya berlakon dengan dia, habis latihan dalam pukul 11 malam hampir 12 tengah malam. Arwah akan keluar pergi makan dan pulang semula pukul 1 pagi untuk tidur. Kemudian 4 pagi begitu dia sudah bangun untuk buat solat Tahajud pula,” katanya.
Allahyarham Ismail Din menghembuskan nafas terakhir di Mekah pada tahun 2005 di bulan Ramadan.






