Pelakon Kamal Adli memuat naik hantaran istimewa buat anaknya, Hawra Uqaira sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-2.
Menerusi perkongsian di Instagram, Kamal memohon maaf kerana tiada bersama Hawra ketika hari lahir anaknya kerana mencari rezeki.
BACA: “Terima Kasih Ibu Siapkan Baju Kurung Lawo” – Kamal Adli Gembira Beraya Dengan Hawra
“Selamat ulang tahun kedua sayang. Maaf ayah tak ada dekat sini masa hari jadi Hawra ni. Cari rezeki jauh sikit Allah bagi,” tulisnya.
Kamal turut meluahkan rasa sayang serta rindu pada anaknya dan memohon maaf kerana sambutan ulang tahun anaknya tahun ini berbeza dari tahun lalu.
Dalam pada itu, Kamal turut mendoakan agar Hawra menjadi anak solehah serta mengucapkan terima kasih buat bekas isterinya, Uqasha Senrose yang telah melahirkan dan menjaga anak mereka.
“Ayah love you so much. Miss you soo much. Maaf tahun ni lain sikit dari tahun lepas tapi ayah doa Hawra jadi anak solehah, bijak dan sihat. Terima kasih ibu lahirkan dan jaga Hawra. Allah je dapat balas,” katanya.






