Aktor Popular Berusia 40-an Direman 3 Hari, Bantu Siasatan Kes Dadah

Aktor Popular Berusia 40-an Direman 3 Hari, Bantu Siasatan Kes Dadah

Aktor Popular Berusia 40-an Direman 3 Hari, Bantu Siasatan Kes Dadah


Seorang pelakon lelaki popular dilaporkan telah ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan pihak polis berkaitan kes penyalahgunaan dadah.

Menurut sumber, pelakon berusia 40-an itu dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada semalam dan direman tiga hari sehingga esok.

Difahamkan perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada Rabu selepas ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap selebriti berkenaan menunjukkan keputusan positif.

“Kertas siasatan difahamkan sudah dilengkapkan dan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,”katanya.

Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membolehkan pihak berkuasa melengkapkan butiran kes serta mengenal pasti jenis bahan terlarang yang diambil dan tempoh tahanan reman.

Pelakon terbabit itu juga kini berada dalam tahanan dan telah dibawa ke mahkamah untuk proses reman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Sekdar info, sebelum ini pelakon terbabit pernah ditahan berkaitan kes sama apabila Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman selepas mendapati pelakon itu bersalah kerana menggunakan dadah dikenali THC.

Bagaimanapun, pelakon itu terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan membenarkan dia membayar hukuman denda RM5,000.

Sumber: Harian Metro



Source link

OR

Scroll to Top