“10 Tahun Adalah Tempoh Sangat Panjang” – Jep Sepahtu Sebut Nama Shuib

“10 Tahun Adalah Tempoh Sangat Panjang” – Jep Sepahtu Sebut Nama Shuib


Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu mengumumkan dia mengundurkan diri sebagai penyampai dari stesen Sinar FM.

Menerusi perkongsian di Instagram, Jep memaklumkan hari ini adalah Jumaat terakhir dia bertugas sebagai penyampai stesen radio berkenaan.

BACA: “10 Tahun Tumpang Cari Rezeki Di Sini” – Jep Sepahtu Tinggalkan Sinar FM

Sementara itu, Jep berkata tempoh selama 10 tahun berkhidmat  adalah satu penjalanan yang panjang serta bersyukur dengan sokongan diterima.

Turut menjadi perhatian apabila Jep menyebut nama rakan seperjuangannya iaitu Shuib serta beberapa penyampai lain yang pernah bekerjasama dengannya.

“Sudah semestinya kepada partners saya dahulu, daripada segmen Sepahtu Sinar iaitu saya, Rahim dan Shuib. 

“Selepas itu, segmen Pagi Di Sinar bersama Rahim, Angah dan Siti Elizad, kemudian yang terbaharu saya bersama Rahim dan Ray,” katanya.

Dalam pada itu, Jep turut memohon maaf kepada semua rakan sekerjanya andai tersalah bicara atau terguris hati sepanjang mereka bekerjasama.

“Sepanjang tempoh 10 tahun ini mungkin ada gurauan, kata-kata yang tidak sedap didengar, atau terkasar bahasa. Tapi percayalah saya yakin semua itu hanyalah atas urusan kerja sahaja, tak ada lebih daripada itu,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top