Feri Teluk Bahang bertembung kapal di Pelabuhan Pulau Pinang, 21 penumpang cedera


audreymd@nst.com.my

Butterworth: Seramai 21 orang cedera selepas feri Teluk Bahang bertembung dengan kapal MV Mekar Jaya di dalam kawasan pelabuhan Pulau Pinang malam ini.

Pihak Berkuasa Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) memaklumkan kejadian berlaku jam 8.40 malam.

Berdasarkan maklumat awal, MV Mekar Jaya yang dalam perjalanan dari Dermaga Air Dalam Butterworth (DADB) menuju ke Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier (SPCT) bertembung dengan feri berkenaan yang sedang menuju ke Pengkalan Sultan Abdul Halim (PSAH).

Pengerusi PPC, Datuk Yeoh Soon Hin berkata, semua penumpang yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Beliau mengesahkan tiada lagi mangsa yang berada di PSAH susulan insiden itu.

“Perkhidmatan feri beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas disebabkan insiden ini,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Yeoh berkata, PPC bersama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan tindakan susulan yang sewajarnya dilaksanakan kepada penumpang terjejas.

Beliau berkata, keutamaan juga akan diberikan bagi memastikan keselamatan serta kelancaran operasi di pelabuhan itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top