Penampilan anak kepada pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita menjadi perhatian dalam majlis gender reveal ibu tirinya baru-baru ini.
Dalam majlis tersebut, Thalita mengenakan gaun berwarna merah jambu namun mendedahkan bahunya sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen.
BACA: “Bukan Ibu Tiri Tapi Mummy Sebenar” – Ucapan Thalita Buat Watie Menitis Air Mata

Rata-rata netizen memuji kemerduan suara Thalita di majlis tersebut namun ada yang mengatakan pakaian tersebut tidak sesuai dengan usianya yang masih bersekolah.
Tidak kurang juga, ada yang berpendapat pakaiannya itu mencolok mata dan Thalita lebih cantik jika lebih sopan.







