Babak sarat emosi dalam Bisik Asmara episod tujuh mencetuskan reaksi hangat penonton apabila watak lakonan Sophia Albarakbah bertindak menyerang Uqasha Senrose dalam adegan tegang yang penuh konflik.
Aksi itu bukan sahaja membuatkan penonton ‘tak senang duduk’, malah menghangatkan lagi perbincangan netizen yang ikut terbawa dengan perkembangan jalan cerita.
Menerusi klip yang tular di TikTok, watak lakonan Uqasha disimbah air dalam salah satu babak paling mencuri perhatian, sekali gus mengundang rasa ‘puas hati’ dalam kalangan penonton yang sejak awal menyimpan geram terhadap karakter tersebut.

Ruangan komen turut dipenuhi pelbagai respons, dengan ramai menganggap adegan itu antara momen paling melegakan perasaan dan paling diingati setakat ini.
Dalam masa sama, ramai memuji keserasian dan kekuatan lakonan kedua-dua pelakon yang berjaya menghidupkan konflik dengan cukup realistik hingga emosi penonton turut terbawa-bawa.
@dramasangat Puas hati tengok spaghetti kat Reen tu 🔜 !!! ▶️ Saksikan #BisikAsmara -> Setiap Isnin-Khamis -> 10.00 Malam Di TV3! Tonton semua episod PERCUMA dan EKSKLUSIF di app @iqiyimalaysia Dibintangi : @zul_ariffin sebagai Farhan @sophiekoshka sebagai Sheila @uqashasenrose2 sebagai Noreen @nadia.brian sebagai Aida @Syazuwan.hassan sebagai Fikri @nafizmuaz sebagai Amirul @wannsahmad_official sebagai Nizam Dan ramai lagi ! Arahan : @khanmancung Terbitan: @saphirescreen #DramaSangat #BisikAsmara #Samarinda #TV3Malaysia
Malah, ada yang mengaku makin tidak sabar untuk menonton episod penuh bagi melihat bagaimana pertelingkahan mereka berkembang selepas ini.
Jangan lupa saksikan Bisik Asmara setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Samarinda TV3. Penonton juga boleh menonton secara eksklusif di iQIYI satu jam selepas siaran TV, sama ada melalui laman web rasmi atau aplikasi di Google Play dan App Store.






