Kecoh Video Pelakon Wanita Di Kelab Malam, Siap Dikawal Bodyguard

Kecoh Video Pelakon Wanita Di Kelab Malam, Siap Dikawal Bodyguard


Sejak Isnin lalu kecoh di media sosial mengenai satu video tular memaparkan pelakon berstatus ibu tunggal didakwa di sebuah kelab malam di Miri, Sarawak.

Memetik mStar Online, menerusi perkongsian dimuat naik seorang individu memaparkan pelakon itu mengenakan baju tanpa lengan dan turut dikawal beberapa lelaki yang didakwa pengawal peribadinya.

Malah, aktres berkenaan didakwa sempat melayan peminat yang menegurnya meskipun dalam suasana yang bising serta sesak.

Seperti sudah dijangka rata-rata netizen terkejut dengan dengan kehadiran pelakon itu yang sememangnya cukup dikenali ramai.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh mengatakan aktres itu ke pusat hiburan untuk menenangkan diri. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila sebenarnya kejadian itu berlaku.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top