Dua termasuk pelancong maut, dua bot terlibat kemalangan di Mersing


MERSING: Dua lelaki termasuk seorang pelancong dilaporkan maut selepas bot dinaikinya bertembung dengan sebuah bot lain di Kuala Sungai Mersing, di sini malam ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Pegawai Bomba Kanan I, Mohamed Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 9.04 malam.

Sehubungan itu katanya, sembilan anggota beserta dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota di lokasi, didapati telah berlaku kemalangan melibatkan enam mangsa dengan dua buah bot.

“Daripada jumlah itu, dua mangsa disahkan telah meninggal dunia, manakala empat yang lain cedera,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohamed Zainuddin, dua mangsa maut telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala empat yang cedera diserah kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani mengesahkan perkara itu ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa yang maut terdiri daripada tekong bot dan seorang penumpang yang merupakan pelancong.-UTUSAN



Source link

OR

Scroll to Top