Isu jajaran sempadan: Boleh beza pendapat, tapi jangan singgung ‘rakan’ di Indonesia -PM

Isu jajaran sempadan: Boleh beza pendapat, tapi jangan singgung ‘rakan’ di Indonesia -PM


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perbezaan pendapat mengenai isu jajaran sempadan Malaysia-Indonesia boleh diraikan, namun tidak seharusnya menyinggung perasaan pihak Indonesia atau menjejaskan hubungan baik kedua-dua negara.

Isu jajaran sempadan sudah dirunding sejak 1974

Memetik laporan daripada Sinar Harian, beliau menyatakan rundingan persempadanan diteruskan di semua peringkat sejak 1974, melibatkan pegawai, menteri hingga perdana menteri, dan kerjasama itu berjalan dengan baik.

“Kita boleh berbeza pendapat tetapi jangan jatuhkan hukuman dan jangan menyinggung perasaan rakan-rakan di Indonesia yang berusaha menjalin hubungan baik dan akrab antara dua negara,” katanya ketika Sesi Penerangan Khas Parlimen Isu Jajaran Sempadan Malaysia-Indonesia, di Dewan Rakyat pada Rabu.

Tak kisah pembangkang ingin bertanya tentang isu jajaran sempadan

Anwar menegaskan perbincangan persempadanan perlu dibuat secara berhemah dan menolak sebarang tuduhan tidak berasas terhadap Malaysia.

“Saya tidak ada masalah sekiranya pembangkang mahu bertanya, tetapi saya bantah keras tuduhan dan fitnah menyatakan kita khianat kepada negara,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menafikan laporan media Indonesia yang mendakwa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah–Kalimantan.

isu jajaran sempadan

Artikel lain: Isu sempadan Sabah-Kalimantan: Kerajaan tegaskan tiada tanah diberi sebagai pampasan

Laporan itu juga mendakwa tiga desa di Nunukan kini beralih ke Malaysia, sedangkan pertikaian sempadan Pulau Sebatik masih belum selesai.





Source link

OR

Scroll to Top