Warga emas ditemukan meninggal di tengah sawah

Warga emas ditemukan meninggal di tengah sawah


am@hmetro.com.my

Shah Alam: Lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di kawasan sawah padi di Parit 1 1/2 Barat, Sungai Besar, Sabak Bernam hari ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, maklumat diterima pihaknya daripada orang awam pada jam 12.30 tengah hari.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 67 tahun dan penduduk tempatan.

“Lokasi kejadian berdekatan dengan kediaman mangsa. Pada masa sama, tiada sebarang unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Md Yusof berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sabak Bernam untuk bedah siasat.

Jelasnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan salur darah jantung pecah (ruptured aortic aneurysm).

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top