Atikah Suhaime Bersuara Soal Nafkah, Minta Wanita Jangan Tanggung Segalanya

Atikah Suhaime Bersuara Soal Nafkah, Minta Wanita Jangan Tanggung Segalanya


Pelakon Datin Atikah Suhaime tampil menitipkan nasihat kepada kaum wanita, khususnya golongan isteri mengenai kepentingan memilih pasangan yang bertanggungjawab terutamanya dalam menyediakan nafkah kepada keluarga.

Menerusi perkongsian di TikTok, Atikah berkata, setiap wanita selayaknya dilayan seperti puteri meskipun mampu hidup berdikari.

Ini kerana, tindakan sedemikian dapat mengelakkan suami daripada culas memberikan nafkah termasuklah menjalankan tanggung jawab mereka.

“Perhatian wanita muda di luar sana. Saya tahu bagus jika awak boleh mencari wang ringgit sendiri. Boleh beli bunga sendiri. Tetapi, ia lebih baik jika awak dilayan seperti puteri.

“Kerja suka-suka. Duit lebih guna untuk membeli-belah. Dulu waktu muda, saya selalu percaya kita perlu kerja keras, tidak boleh bergantung pada lelaki.

“Tetapi bila pemikiran saya begitu, saya menarik perhatian lelaki yang salah. Yang malas bekerja tapi harapkan teman wanita yang belanja dan dalam masa sama perlu masak untuk mereka,”katanya.

 

Tambah pelakon filem My Stupid Boss itu, kehidupannya kini jauh lebih tenang selepas mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Lokman Teh yang disifatkan sebagai seorang lelaki bertanggungjawab dan tidak culas menyediakan keperluan keluarga.

“Apabila saya bertemu dengan suami, dia ajar saya untuk bertenang.

“Saya rasa sangat seronok menjadi ‘puteri’ walaupun saya pernah menjadi seorang yang tabah dan tiada perasaan,”jelasnya.

Mendedahkan dia juga pernah terpalit dalam hubungan toksik, Atikah mengakui terlampau mendengar dan percaya kata-kata rakannya mengenai  wanita perlu bekerja keras.

“Kawan-kawan perempuan saya yang dulu nasihatkan saya untuk bekerja keras dan perlu ada duit sendiri sekarang sudah bercerai kerana bertemu lelaki yang salah sebagai suami.

“Sebab itu mereka perlu bekerja keras kerana perlu sediakan segalanya untuk keluarga. Lepas itu tidak senang duduk tengok kita bahagia nikmati duit suami.

“Kemudian, mereka mula bercakap nanti suami cari perempuan lain sebab tiada sumber untuk berdebat. Dah memang lumrah lelaki suka nakal-nakal. Zaman sekarang ramai sangat lelaki mahu jadi ‘puteri’. Jadi para wanita, pastikan awak dapat kembali takhta tersebut,” ujarnya.

Untuk info, Atikah dan Lokman Teh mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2024 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh.



Source link

OR

Scroll to Top