“Untuk Fazura, Saya Minta Maaf Dari Hujung Rambut Sampai Hujung Kaki”

“Untuk Fazura, Saya Minta Maaf Dari Hujung Rambut Sampai Hujung Kaki”

“Untuk Fazura, Saya Minta Maaf Dari Hujung Rambut Sampai Hujung Kaki”


Pelawak Lan Pet Pet tampil memohon maaf secara terbuka kepada pelakon Nur Fazura susulan dakwaan membuat lawak ‘double meaning’ sehingga mengundang kecaman ramai.

Menerusi perkongsian di Instagram, Lan berkata dia tidak menyangka gurauan yang dilemparkan secara spontan itu boleh menimbulkan rasa kurang senang atau menyentuh perasaan aktres itu.

BACA: Didakwa Buat Lawak Lucah Terhadap Fazura, Netizen Gesa Kontrak Lan Pet Pet Dihentikan

“Untuk Fazura, Abang Lan minta maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Dalam tak sedar asyik melawak ada yang menyentuh hati dan perasaan Fazura,” katanya.

Sementara itu, Lan turut memohon maaf kepada peminat Fazura dan Senario serta mengakui dirinya hanya manusia biasa tidak terlepas melakukan kesilapan.

“Kepada semua peminat Fazura dan Senario, saya langsung tiada niat apa-apa pun. Saya hanya manusia biasa. Sekali lagi saya minta maaf terlepas cakap, dan suasana waktu itu saya pun tidak sedar,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura turut dilihat memuat naik hantaran menerima permohonan maaf daripada Lan Pet Pet walaupun hati pernah terguris. Fazura turut berharap agar kejadian tersebut menjadi pengajaran dan teladan buat kita semua.

“Susuli permohonan maaf secara terbuka oleh saudara Lan, Faz memilih untuk segera memaafkan sepertimana segera pula saudara Lan memohon maaf atas kekhilafan anda.

“Ini kerana, walaupun hati pernah terguris.. keinginan mencapai redha Allah SWT adalah lebih utama,” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top