Pengawal peribadi kepada selebriti popular, Nur Fazura tampil memberikan respons susulan isu tular berkenaan lawak lucah yang ditujukan kepada majikannya.
Menerusi perkongsian di Threads, Shahaszrin Mohd Sabiruddin atau @hantugym menjelaskan, dia berada ditempat kejadian dan telahpun menegur pelawak itu sebaik sahaja lawak ‘double meaning’ dilontarkan.
“Saya ada masa kejadian itu dan saya terus tegur dia lepas cakap macam tu,” tulisnya menerusi tangkap layar Instagram Story yang dikongsikan.

Terdahulu, pelawak dan juga anggota Kumpulan Senario, Lan Pet Pet mengeluarkan kenyataan kurang enak mengenai ibu tunggal.
Bagaimanapun, sedar dengan kesilapan yang dilakukan, Lan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi hantaran video di Instagram miliknya.
Tidak habis disitu, Fazura menerusi posting disosial medianya berkata, dia telahpun memaafkan kekhilafan Lan Pet Pet dan berharap kejadian itu menjadi pengajaran bersama.
ARTIKEL BERKAITAN: “Walaupun Hati Pernah Terguris.. Keinginan Mencapai Reda Allah Lebih Utama” – Isu Lawak Luc*h, Nur Fazura Maafkan Lan Pet Pet
ARTIKEL BERKAITAN: Lan Pet Pet Mohon Maaf Kepada Nur Fazura Isu Lawak Luc*h






