Cuci lantai masjid, Radhi OAG dipuji netizen – “Saham akhirat paling mudah”

Cuci lantai masjid, Radhi OAG dipuji netizen – “Saham akhirat paling mudah”


Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman seorang lelaki yang didakwa sebagai vokalis kumpulan OAG iaitu Radhi, sedang mencuci lantai di sebuah masjid.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, lelaki berkenaan dilihat gigih menarik air membersihkan bahagian kaki lima masjid sambil diperhatikan oleh beberapa jemaah lain.

Cuci lantai masjid

Radhi OAG Cuci lantai masjid

Dalam pada itu, ada juga netizen memaklumkan mereka sering terserempak dengan individu berkenaan di beberapa buah masjid sekitar kawasan Kota Damansara.

“Brader ni memang real, sapa kenal dia,” tulis pemilik video.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji sikap rendah diri dan keikhlasan penyanyi itu dalam menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan perhatian orang ramai.

Malah ada juga turut berkongsi keperibadian penyanyi itu yang disifatkan cukup berbeza apabila bertemu di luar tidak sama seperti yang ditampilkan sewaktu melakukan persembahan.

Saham akhirat yang mudah

Janji buat benda betul

Kadang orang yang hyper lagi bagus

Artikel lain: Wanita cuak kereta rosak, Radhi OAG muncul bantu tolak – “Panas terik, siapa nak tolong kan?”

Terdahulu, Radhi OAG pernah tular dengan tindakan murninya menolak sebuah kereta yang rosak di tengah jalan raya akibat masalah bateri menyentuh hati pemandunya, Nurul Farhana Hazwani.

Difahamkan, penyanyi itu juga menolak wang saguhati yang inging diberikan kerana telah bersusah payah membantu dalam keadaan cuaca yang begitu panas.

Sumber: TikTok falyqhikyle





Source link

OR

Scroll to Top