Liverpool sedia tawar RM373 juta pancing Kounde

Liverpool sedia tawar RM373 juta pancing Kounde

Liverpool sedia tawar RM373 juta pancing Kounde


KELAB gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dilaporkan bersedia mengemukakan tawaran bernilai £70 juta (RM373 juta) untuk mendapatkan khidmat pertahanan Barcelona, Jules Kounde.

Langkah drastik The Reds ini difahamkan sebagai usaha memperkukuhkan benteng pertahanan mereka susulan keraguan mengenai masa depan Ibrahima Konate di Anfield.

Kontrak Konate bakal berakhir pada musim panas ini dan pemain itu sering dikaitkan dengan perpindahan percuma ke Real Madrid sebaik sahaja kempen musim ini tamat.

Biarpun prestasi Konate menunjukkan peningkatan ketara kebelakangan ini dan terdapat tawaran kontrak baharu di atas meja, Liverpool enggan mengambil risiko.

Menurut laporan portal Sepanyol, Fichajes, selepas berjaya memintas Chelsea untuk menandatangani Jeremy Jacquet dengan nilai £60 juta pada Januari, Liverpool kini menyasarkan Kounde sebagai rekrut pertahanan seterusnya.

Difahamkan, kapten Liverpool, Virgil van Dijk turut mendesak pihak pengurusan kelab untuk segera membawa masuk pertahanan bertaraf dunia bagi memastikan kelab itu kekal kompetitif.

Kounde bukanlah nama asing bagi kelab Inggeris, memandangkan dia hampir menyertai Chelsea pada musim panas 2022 sebelum membuat keputusan menyertai Barcelona.

Sejak itu, pemain antarabangsa Perancis tersebut menjadi tonggak utama di Camp Nou berikutan kualiti dan versatiliti yang dimilikinya, sekali gus menarik minat pengurusan tertinggi The Reds yang sedia meletakkan bidaan tinggi.

Tawaran lumayan itu dikatakan mampu mengubah senario perpindahan tersebut. Barcelona yang masih bergelut dengan masalah kewangan dilaporkan sedia mempertimbangkan pelepasan Kounde pada harga berkenaan, walaupun pengurusnya, Hansi Flick menganggap pemain itu sebagai aset penting projek pasukannya.

Laporan minggu lalu turut mendakwa saingan EPL merupakan satu ‘godaan besar’ buat Kounde yang selesa beraksi di posisi bek kanan mahupun pertahanan tengah.

Selain Liverpool, Manchester United turut dikatakan memantau situasi pemain itu yang dilihat Barcelona sebagai peluang terbaik untuk menaikkan nilai pasarannya daripada €65 juta kepada €80 juta.

Ringkasan AI

  • Liverpool bersedia mengemukakan tawaran RM373 juta untuk Jules Kounde dari Barcelona
  • Ini sebagai usaha memperkukuhkan pertahanan kerana masa depan Ibrahima Konate di Anfield tidak pasti
  • Konate mungkin berpindah ke Real Madrid secara percuma selepas musim ini
  • Liverpool telah memintas Chelsea untuk menandatangani Jeremy Jacquet dan kini menyasarkan Kounde
  • Virgil van Dijk mendesak pengurusan Liverpool untuk memperkuatkan pertahanan dengan mendatangkan Kounde



Source link

OR

Scroll to Top