Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan beliau kini berada dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan laporan dakwaan penyelewengan melibatkan pelaburan RM1.11 bilion, malah menyamakan situasi itu dengan episod The Empire Strikes Back dalam saga Star Wars: Episode V – The Empire Strikes Back.
Rafizi dedah dalam radar SPRM
Dalam hantaran sinis di X, beliau dilihat tenang dan mencabar agar siasatan dilakukan secara menyeluruh berhubung perjanjian Malaysia dengan Arm Holdings bagi membangunkan cip “Made by Malaysia”.
“Kononnya, @arm (Arm Holdings) rasuah saya.
“Koreklah semua. Makan tengah hari atau cenderahati pun aku tak dapat, apatah lagi komisen (kickbacks). Saya masih miskin macam sebelum ini,” katanya.
Menurut Rafizi, beliau sudah lali menjadi sasaran sejak era 1MDB dan percaya dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan.
“Dari zaman 1MDB lagi…Saya tahu bila kita tak buat salah apa-apa, insya-Allah kita ada Allah,” katanya lagi.

Rafizi cabar SPRM siasat dirinya
Perkembangan itu hadir selepas kritikannya terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berhubung isu pemilikan saham yang dilaporkan oleh Bloomberg serta gesaannya supaya Azam digantung tugas.
Sebelum ini, beliau juga pernah berdepan siasatan berkaitan pengisytiharan aset membabitkan Invoke Solution.

Artikel lain: “Apa-apa saham itu modal berbayar la Tan Sri! Takkan tak faham..”- Rafizi ‘sekolahkan’ Azam Baki
Semalam, Bernama melaporkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya berkata suruhanjaya itu akan meneliti keseluruhan laporan berkenaan bagi menentukan sama ada wujud unsur rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009.
“Selain itu, dikatakan terdapat keraguan mengenai proses rundingan dan kelulusan yang didakwa tidak melibatkan sepenuhnya kementerian serta agensi berkaitan seperti Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI),” menurut sumber itu.

Sumber: X rafiziramli






