Bunga yang boleh dimakan

Bunga yang boleh dimakan


nurul_husna@hmetro.com.my

Perkataan bunga dipercayai berasal daripada keluarga bahasa Austronesia yang turut mempengaruhi bahasa Jawa, Bugis, Banjar dan beberapa bahasa Nusantara lain.

Maknanya kekal hampir sama: sesuatu yang mekar, cantik dan menjadi punca hasil.

Malah dalam Bahasa Melayu Kuno/Melayu Lama bunga merujuk kepada bahagian tumbuhan yang berkembang dan menghasilkan buah.

Bagi kebanyakan orang memahami bunga lebih kepada estetik yang mana ditanam bagi tujuan hiasan, tetapi ada sebahagian masyarakat terutama yang tinggal di kampung dan pendalaman memanfaatkan bunga sebagai tanaman kesihatan.

Memang ada sebahagian bunga boleh dimakan. Ini merujuk bunga terbabit dikategorikan sebagai kualiti gred makanan dan tidak menggunakan sebarang racun.

Terdapat bunga dikategorikan ‘native’ atau bunga yang hidup dan tumbuh dalam persekitaran tempatan atau bunga yang dibawa masuk dari luar.

Contoh bunga ‘native’ yang kini berpotensi ditanam dan dikomersialkan ialah kemunting. Memiliki tona warna ungu merah jambu yang cantik dan mudah hidup dalam iklim tempatan selain sesuai pada sebarang medium termasuk tanah berpasir. Potensi ialah mengeluarkan buah menyerupai beri dan memiliki potensi kandungan bioperubatan.

SUMBER: Pensyarah Kanan (Bidang Hortikultur Hiasan) Jabatan Tanaman Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Sarah Baharudin

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top