Hafiz Suip Selamat Melangsungkan Perkahwinan Kali Kedua

Hafiz Suip Selamat Melangsungkan Perkahwinan Kali Kedua

Hafiz Suip Selamat Melangsungkan Perkahwinan Kali Kedua


Penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip selamat melangsungkan perkahwinan kali keduanya bersama suri pilihan hati yang dikenali sebagai, Fiona.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek yang dikongsikan di platform TikTok, pelantun lagu Awan Nano itu dilihat tenang membaca lafaz taklik nikah sebaik selesai ijab kabul, sekali gus menandakan bermulanya fasa baharu dalam kehidupannya sebagai suami.

Bagaimanapun, setakat ini, Hafiz mahupun pihak terdekat belum mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung perincian majlis berkenaan.

Sekadar info,Hafiz sebelum ini mengesahkan beliau telah bercerai talak satu dengan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah, di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 29 Mei 2025.

Hafiz mengambil keputusan tersebut akibat tiada persefahaman, reda dengan ujian, dan menyerahkan hak penjagaan dua anak mereka iaitu, Riyadh Zafri dan Alkaf Zayne kepada bekas isteri.

 

 

Sumber: TikTok





Source link

OR

Scroll to Top