Siasatan rasmi bermula! Peguam Negara diberi mandat teliti dakwaan saham KP SPRM

Siasatan rasmi bermula! Peguam Negara diberi mandat teliti dakwaan saham KP SPRM

Siasatan rasmi bermula! Peguam Negara diberi mandat teliti dakwaan saham KP SPRM


Isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki kini memasuki fasa siasatan rasmi apabila kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Siasatan yang akan diketuai Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.

peguam negara

Peguam Negara & beberapa anggota akan kendali jawatankuasa khas siasatan

Menerusi kenyataan rasmi, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyatakan jawatankuasa itu turut dianggotai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

“Jawatankuasa ini akan melaksanakan siasatan secara terperinci bagi memberi pengadilan sewajarnya kepada pihak yang disiasat.
“Hasil dan syor siasatan akan dibentangkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan pihak berkuasa tatatertib untuk pertimbangan lanjut berdasarkan tatacara sewajarnya,” katanya.

Terdahulu, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat segala dakwaan serta perkara berbangkit yang dikaitkan dengan Azam.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Dalam reaksi balas, Azam menegaskan beliau bersedia dan terbuka untuk disiasat oleh mana-mana jawatankuasa bebas yang ditubuhkan kerajaan bagi meneliti secara khusus isu berkaitan pemilikan sahamnya.

Artikel lain: Azam Baki sedia disiasat -“Saya mengalu-alukan sebarang proses yang telus”

Susulan perkembangan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan tiada keperluan untuk merehatkan Azam sepanjang tempoh siasatan dijalankan.

Sumber: Facebook Shamsul Azrin bin Abu Bakar





Source link

OR

Scroll to Top