Pelakon dan pelawak, Amyza Aznan memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai perkembangan terkini kesihatan anak sulungnya, Andre Mikhail, namun tetap meluahkan rasa syukur apabila menerima banyak tawaran sepanjang Ramadan ini.
Menurut Amyza, dia kini terlibat dengan telemovie, selain jadual penggambaran drama yang padat serta beberapa projek komersial.
“Saya akan terlibat dalam telemovie Datuk Menantu Nikah Kahwin yang akan ditayangkan di TVAlhijrah.
“Syukur alhamdulillah, jadual shooting drama memang pack, lepastu ada review and then buat untuk satu jenama terkenal tudung,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Rasa Sangat Kecil Bila Bersama Nama Besar Ini” – Amyza Aznan Syukur Impian Jadi Realiti
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Berhijab Sebab Nak Rasa Diri Mahal, Bukan Kerana Dugaan” – Amyza Aznan Sebak, Tetap Jaga Batas Pergaulan
ARTIKEL BERKAITAN:“Hati Saya Rapuh ” – Anak Hidap Kanser Paru-Paru Tahap Tiga, Amyza Aznan Perlu Masa Untuk Reda
Meskipun sibuk dengan jadual yang agak padat, Amyza mengakui pada awalnya dia bercadang untuk berehat bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada penjagaan kesihatan anaknya yang kini masih menjalani rawatan.
“Sebenarnya pada awalnya memang berbiat untuk rehat sebab nak fokus pada anak. Tapi itulah dia, Allah kata lain.
“Jadi saya mungkin akan shooting sampai 20 haribulan kemudian saya akan berehat dan fokus pada anak,” jelasnya.

Tidak habis disitu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini berkongsi perkembangan rawatan yang bakal dilalui anaknya dalam masa terdekat.
“So sekarang ni kita akan tunggu next kemoterapi dan bulan tiga nanti dia akan jalani MRI.
“Sebak saya melihat pengorbanan dia yang dia sendiri tak nak saya bersedih. Saya tahu dia kuat untuk saya, bukan saya yang kuat untuk dia,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Amyza bakal muncul dalam telemovie, Datuk Menantu Nikah Kahwin yang akan disiarkan pada Syawal nanti menerusi program televisyen AlHijrah.
Selain Amyza, antara artis yang terlibat adalah, Daler Yusof, Nasir Bilal Khan, Syad Mutalib, Usop Wilcha dan Faezah Elai.
Program yang disiarkan itu bukan sahaja bertujuan mengimarahkan ibadah, malah memperkukuh institusi keluarga selain selari dengan aspirasi Malaysia Madani.
Malah, lebih 20 program baharu dengan ratusan jam penyiaran bakal mewarnai Ramadan dan Syawal tahun ini menerusi inisiatif eksklusif yang diperkenalkan oleh sebuah pihak stesen terbabit.
Antara program teras Ramadan yang disiarkan ialah Islah Ramadan, Tadarus On The Go, Quran Challenge, Malam Seribu Bulan dan Jalan Taubat dan banyak lagi termasuk drama yang berunsurkan nila-nilai murni.





