Amyza Aznan Diuji Lagi, Anak Kedua Disahkan Kanser Tulang

Amyza Aznan Diuji Lagi, Anak Kedua Disahkan Kanser Tulang

Amyza Aznan Diuji Lagi, Anak Kedua Disahkan Kanser Tulang


Berdepan ujian berat dua tahun berturut-turut menyambut Ramadan, pelakon Amyza Aznan memberitahu anak keduanya, Adrian Adam pula disahkan menghidap kanser tulang.

Memetik mStar Online, Amyza berkata dia mengetahui mengenai penyakit anaknya itu pada bulan ini, tahun lalu anak sulungnya, Andre Mikhail disahkan kanser paru-paru.

BACA: Amyza Aznan Pilih Berhijab Untuk Nampak Mahal

“Hari ini Ramadan pertama di bulan Februari iaitu bulan kelahiran anak-anak saya. Sama seperti yang berlaku tahun lalu, anak saya Andre Mikhail 18 tahun disahkan kanser paru-paru.

“Pada tahun ini, bulan Ramadan dan Februari juga kelahiran anak saya iaitu Adrian Adam, dia pula disahkan kanser tulang,” katanya.

Sementara itu, Amyza berkata perasaannya bercampur baur namun tetap kuat demi mereka serta memohon orang ramai mendoakan buat anak-anaknya.

“Saya manusia dan juga ibu, ada berbagai rasa tapi tak teluah dan takut untuk meluah. Hanya mampu memohon tumpangkan doa untuk anak-anak saya,” katanya.

Tahun lalu, Amyza berkongsikan anak sulungnya disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top