harisfadli@hmetro.com.my
Kajang: Pemandu kereta Perodua Aruz direman empat hari bermula hari ini berhubung kemalangan maut di Jalan Batu 17, Hulu Langat, di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, permohonan reman dibuat di Mahkamah Kajang membenarkan reman ke atas lelaki berusia 42 tahun itu sehingga 2 Ogos ini.
“Setakat ini siasatan masih disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sebarang perubahan akan dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan tiga sekeluarga termasuk kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan Perodua Aruz berkenaan di Jalan Batu 17, Hulu Langat, di sini, semalam.
Pemandu itu turut disyaki memandu di bawah pengaruh dadah.
© New Straits Times Press (M) Bhd






