“Wow Jahat!” – Fazura Bengang Individu ‘Petik’ Nama, Tegur Jangan Libatkan Anak Que Haidar

“Wow Jahat!” – Fazura Bengang Individu ‘Petik’ Nama, Tegur Jangan Libatkan Anak Que Haidar

“Wow Jahat!” – Fazura Bengang Individu ‘Petik’ Nama, Tegur Jangan Libatkan Anak Que Haidar


Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura tampil bersuara selepas namanya tiba-tiba dipetik dalam satu hantaran yang dipercayai cuba menjadi batu api.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 43, membalas ciapan seorang individu yang memuat naik tangkap layar komen netizen.

Dalam tangkap layar tersebut, seorang netizen memuji wajah anak perempuan pelakon, Que Haidar yang dikatakan sekali pandang mempunyai raut wajah seiras Fazura.

Namun, seorang individu lain tampil mempertikaikan pujian itu dengan nada sinis.

“Pak dia Que Haidar. Mak dia Linda Jasmine. Fazura pula dapat nama. Tiber, parah betul ni,” tulis individu berkenaan.

Tidak berdiam diri, aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu menegaskan agar individu tersebut tidak mengheret anak dan ibunya dalam perbincangan tidak berasas.

“Wow jahat. Do not touch his child and her mother. Clearly she resembles both her beloved parents. Biadab!,” tegasnya.

Artikel Berkaitan: “Tolong Jagakan ‘Awak’ ” – Layan Konsert Mahalini Di Jakarta, Que Haidar Titip Pesan Minta Jagakan Fazura

Artikel Berkaitan: Netizen Bongkar Que Haidar Jadi Top Viewer Siaran Langsung TikTok Fazura – “Terus She Behave”



Source link

OR

Scroll to Top