“Sayangku Yang Tinggal Buat Kami Hanya Kenangan Denganmu” – Ibu Titip Luahan Khas Sempena 6 Tahun Pemergian Ashraf Sinclair

“Sayangku Yang Tinggal Buat Kami Hanya Kenangan Denganmu” – Ibu Titip Luahan Khas Sempena 6 Tahun Pemergian Ashraf Sinclair

“Sayangku Yang Tinggal Buat Kami Hanya Kenangan Denganmu” – Ibu Titip Luahan Khas Sempena 6 Tahun Pemergian Ashraf Sinclair


Ibu kepada pelakon dan usahawan, Allahyarham Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman, tampil berkongsi coretan penuh emosi bersempena genap enam tahun pemergian arwah anaknya, pada 18 Februari 2020.

Kata Khadijah atau lebih mesra disapa Umi, pemergian Allahyarham Ashraf meninggalkan seribu satu kenangan manis buat mereka sekeluarga selain terpaksa menanggung rindu kehilangan anak tersayang.

“Ashraf sayangku, sudah enam tahun Allah SWT menjemputmu ke rahmatullah, dan yang tinggal buat kami hanyalah kenangan manis tentangmu sejak hari kelahiranmu hingga hari kau pergi meninggalkan kami,” luahnya.

Dalam pada itu, Khadijah juga berkongsi perkembangan terkini keluarganya sepanjang pemergian Allahyarham, termasuk kehidupan menantunya yang juga penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari, yang kini telahpun kembali berumah tangga.

“Kami menghargai semua kenangan indah itu, namun banyak perkara yang telah berlaku sepanjang ketiadaanmu.

“Noah telah membesar menjadi seorang remaja yang baik, Bunga telah meneruskan kehidupannya, ahli keluarga baharu telah hadir dan ramai insan tersayang juga telah pergi,” kongsinya.

Dalam masa sama, ibunya juga menitipkan doa agar roh Allahyarham Ashraf sentiasa di bawah rahmatNya.

“Daddy dan Umi berada dalam keadaan baik dan tidak pernah berhenti mendoakanmu, Ashraf.

“Kehidupan tetap diteruskan dan dirimu sentiasa di dalam hati kami. Dalam kenangan penuh kasih buat Allahyarham Ashraf,” ujarnya.

Berdasarkan peerhatian XTRA, Bunga Citra Lestari juga seakan tidak pernah ketinggalan berkongsi luahan peribadinya terhadap bekas suaminya itu menerusi beberapa hantaran di media sosial.

Pada 18 Februari 2020, Ashraf dikhabarkan meninggal dunia dalam tidur akibat serangan jantung.

Allahyarham pergi meninggalkan seorang balu yang juga penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dan seorang anak lelaki, Noah Sinclair.

Namun, BCL berkahwin dengan Tiko Aryawardhana pada 2 Disember 2020 dalam sebuah majlis tertutup di Bali.



Source link

OR

Scroll to Top