Penyanyi, Syasya Rizal, memberi sedikit pandangan mengenai trend segelintir masyarakat yang dilihat membuat persiapan Aidilfitri lebih awal, malah sebelum Ramadan bermula.
Bukan tentang persiapan Raya

Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama penuh Norsyasya Afiqah Shahrizal berpendapat perkara itu bukan satu kesalahan, bahkan boleh dianggap sebagai langkah yang bijak.
Bagaimanapun, dia mengakui timbul persoalan lain di sebalik keterujaan tersebut.
“Tahun ni nampak ramai dah siap beli baju raya sebelum puasa pun bermula. Ada yang kata tak menghormati. Ada yang kata biasa saja.
“Tak salah pun, cuma kadang terfikir. Kita boleh siapkan outfit lebih awal, tapi hati tu, sempat tak kita siapkan?” ciapan Syasya, semalam.
Dalam pada itu, dia turut mengingatkan agar Ramadan dimanfaatkan sebagai ruang untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri.

“Ramadan bukan tentang siapa paling cepat ready untuk hari raya. Yang sering tertinggal bukan persiapan luar. Tapi hati yang diam-diam masih mencari arah.
“Kalau awak sedang dalam fasa lepaskan versi lama diri, belajar kenal siapa sebenarnya you, tanpa sibuk mengejar For You Page (FYP) dan jadi versi yang paling mudah ditelan algoritma.
“Jangan tunggu nanti. Mula sekarang, semoga tahun ini kita bukan sekadar tukar baju tapi betul-betul ke arah istiqamah,” tambahnya lagi.
Artikel lain: “Allah titipkan satu lagi amanah..”- Syasya Rizal & suami timang anak kedua, lengkap sepasang

Terdahulu, penyanyi itu berkongsi berita gembira apabila memaklumkan beliau telah selamat melahirkan anak keduanya.
Pasangan berkenaan sebelum ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan, yang dilahirkan pada 23 Disember 2024.
Sumber: Threads syasya.rzl






