Penyanyi Nubhan memaklumkan ibunya Badariah Omar atau mesra dikenali sebagai Mak Jenny semakin uzur kerana sudah tua dan tidak sekuat dahulu.
Menerusi perkongsian di TikTok, Nubhan dilihat menghadiahkan ibunya katil baru yang mempunyai fungsi serbaguna demi memberikan keselesaan kepada ibunya.
BACA: Netizen Ejek Padan Muka Tak Jadi Juara, Nubhan Anggap Tempat Ketiga Sebagai Rezeki
“Mak bukan sakit teruk cuma umur dah makin meningkat badan pun tak sekuat dulu.
“Semua yang saya bina hari ini bermula daripada tangan wanita ini, sekarang mak makin tak larat. Saya tak mampu balas semua sekurang-kurangnya saya pastikan mak selesa,” katanya.
Menurut Nubhan lagi, ibunya perlu menggunakan katil yang lebih rendah bagi memudahkan untuk bergerak.
Perkongsian Nubhan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap penyayang dan tangungjawabnya sebagai seorang anak.







