“Fadhlina buat apa?” -Menteri Pendidikan bakal kongsi satu demi satu pencapaian KPM

“Fadhlina buat apa?” -Menteri Pendidikan bakal kongsi satu demi satu pencapaian KPM


Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek tampil menjawab persoalan orang ramai yang sering bertanya mengenai apa yang telah dilakukannya sepanjang menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Akan mulakan segmen khas

Menerusi hantanran yang di kongsi di media sosial, Menurut Fadhlina, beliau akan memulakan satu segmen khas dikenali sebagai “Fadhlina Buat Apa?” bagi berkongsi usaha serta pencapaian pasukan KPM sepanjang pentadbiran Kerajaan MADANI.

“Tak kurang juga yang tag dan bertanya, “Fadhlina buat apa?””
“Soalan yang baik. Dan rasanya memang wajar dijawab,
“Jadi selepas ini saya akan mulakan satu segmen “Fadhlina Buat Apa?” untuk berkongsi satu demi satu apa yang telah dilakukan dan dicapai oleh pasukan KPM sepanjang pentadbiran Kerajaan MADANI.”
“Ada yang mungkin kita pernah dengar. Ada juga yang mungkin ramai belum tahu.”
“Satu-satu kita cerita,” ujarnya.

Beliau menyatakan perkongsian tersebut akan dibuat secara berperingkat bagi membolehkan orang ramai mengetahui dengan lebih jelas pelbagai perkara yang telah dilaksanakan oleh KPM.

Sumber: Facebook Fadhlina Sidek





Source link

OR

Scroll to Top