Saka kunci kebangkitan Arsenal

Saka kunci kebangkitan Arsenal


London: Arsenal bangkit selepas ketinggalan satu gol untuk mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Southampton selepas separuh masa kedua yang mendebarkan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, hari ini dengan pemain sayap, Bukayo Saka menjadi tonggak utama kemenangan The Gunners.

Selepas separuh masa pertama yang hambar, pasukan pelawat yang menduduki tempat ke-19 dalam liga dengan hanya satu mata, melakukan kejuatan apabila mendahului menerusi Cameron Archer pada minit ke-55.

Namun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Saka melakukan hantaran cantik kepada Kai Havertz yang menyamakan kedudukan kurang daripada empat minit kemudian.

Pemain gantian, Gabriel Martinelli, memberikan Arsenal gol pendahuluan pada minit ke-69 menerusi penyudah dari jarak dekat selepas menerima hantaran dari Saka.

Saka turut mencatat namanya selaku penjaring pada minit ke-88 untuk memastikan kemenangan Arsenal.

Kemenangan ini meletakkan Arsenal di tempat ketiga sebelum rehat antarabangsa dengan 17 mata, berkongsi mata dengan Manchester City di tempat kedua dan satu mata di belakang pendahulu, Liverpool.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top