Krisis selesai jika Israel henti serang

Krisis selesai jika Israel henti serang



am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Iran menegaskan penyelesaian bagi krisis di Asia Barat khususnya di Palestin hanya ada satu, iaitu Israel perlu menghentikan serangan dan pembunuhan, sekali gus membiarkan rakyat di wilayah itu menentukan nasib mereka sendiri.

Timbalan Ketua Misi, Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia, Mohammad Reza Baksahraei, berkata, selagi pencerobohan dan serangan Israel terhadap negara jiran dan umat Islam berterusan, rantau berkenaan tidak akan mencapai keamanan, keselamatan dan kestabilan.

“Jika dilihat sekilas sejak 70 tahun lalu di Asia Barat menunjukkan pendudukan Palestin oleh rejim Zionis dan tindakan pencerobohannya ke negara jiran selain pembunuhan ribuan orang Islam di rantau Asia Barat terutamanya di Palestin dan Lubnan, adalah faktor utama menyumbang ketidakamanan dan ketidakstabilan di seluruh rantau ini.

“Malangnya, sokongan kejam beberapa negara asing kepada Israel mencetuskan ketidakamanan dan ketidakstabilan di Asia Barat ini.

“Iran tidak mempertimbangkan sebarang pra-hipotesis sebelah pihak (unilateral) untuk nasib rakyat Palestin. Rakyat Palestin yang mesti menentukan masa depan dan nasib mereka,” katanya semalam.

Ketegangan di Asia Barat dilaporkan semakin meruncing, terutama dengan serangan berterusan Israel terhadap Hizbullah di Lubnan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top