“Neelofa Selalu Pesan Jangan Lupa Doa Nak Masuk Syurga”

“Neelofa Selalu Pesan Jangan Lupa Doa Nak Masuk Syurga”

“Neelofa Selalu Pesan Jangan Lupa Doa Nak Masuk Syurga”


Pelakon Nora Danish berkongsikan nasihat yang dikongsikan oleh rakan selebritinya, Neelofa mengenai amalan doa harian.

Menerusi perkongsian di Threads, Nora berkata pesanan yang dititipkan luar biasa mengingatkan untuk berdoa agar masuk ke syurga.

BACA:Nora Danish Teruja Pertama Kali Sambut Ramadan Di Mekah 

“Hajjah Neelofa selalu berpesan supaya jangan lupa berdoa untuk masuk ke syurga Allah. Masya-Allah, pesanan itu sangat menyentuh hati. Kita bukan hanya minta masuk syurga, tetapi mohon agar dapat memasuki mana-mana daripada lapan pintunya.

“Antara jalannya melalui sedekah, puasa, berbakti kepada ibu bapa, menunaikan haji, menahan marah, menjaga solat, berzikir dan berjihad di jalan Allah,” katanya.

Nora turtu sama-sama bergoa agar berdoa dengan penuh keyakinan serta bersangka baik dengan Allah serta dipermudahkan untuk terus istiqamah.

“Jom kita sama sama Doa dengan YAKIN ok. Bersangka Baik dengan Allah. Semoga Allah Permudahkan jalan kita untuk terus Istiqomah menuju ke Syurga Firdaus,” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top