“Saya Harap Pihak Sana Pun Sudahlah, Janganlah Mengusik Saya…” 

“Saya Harap Pihak Sana Pun Sudahlah, Janganlah Mengusik Saya…” 


Penyanyi Adira berkata dia enggan memanjangkan mengenai dakwaan dia tidak membawa keempat-empat cahaya matanya menghadiri majlis resepsi bekas suaminya, Datuk Red yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Memetik Utusan, Adira berkata keutamaannya kini adalah pada kerjaya serta untuk membesarkan anak-anaknya dan tidak mahu melayan isu berkenaan.

BACA: “Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biarpun Papa Mencari Lagi Empat Orang Tiada, Tak Apa” 

“Sebenarnya saya kini lebih fokus kepada kerjaya untuk menjaga anak-anak. Itulah fokus utama saya sekarang. Kalau boleh, saya tak mahu melayan isu-isu seperti ini.

“Saya rasa ia tidak penting dan tidak perlu pun untuk orang tahu sebabnya. Sebagai seorang ibu, saya tahu apa yang terbaik untuk anak-anak saya. Itu sahaja. Saya tahu apa yang terbaik untuk anak-anak saya,” katanya.

Sementara itu, Adira menjelaskan dia tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan serta meminta untuk berhenti mengusiknya apatah lagi masing-masing sudah ada kehidupan sendiri.

“Saya sendiri tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan dan tidak pernah mengusik sesiapa. Saya harap pihak sana pun sudahlah. Janganlah mengusik saya kerana saya tidak pernah mengusik sesiapa.

“Masing-masing sudah ada kehidupan peribadi masing-masing. Fokus saya adalah untuk membesarkan anak-anak dan juga memberi tumpuan kepada kerjaya kerana kerjaya saya adalah yang utama. Itulah sumber rezeki saya untuk mencari nafkah dan menanggung empat orang anak saya tanpa menyusahkan sesiapa,” katanya.

Terdahulu, Datuk Red memaklumkan Adira tidak membawa keempat-empat anak mereka ke majlisnya. Namun, dia memahami bekas isterinya itu mungkin ada komitmen kerja. 

Sumber: Utusan






Source link

OR

Scroll to Top