Kieda Crepe bersyukur kakak selamat melahirkan, timang cahaya mata perempuan

Kieda Crepe bersyukur kakak selamat melahirkan, timang cahaya mata perempuan


Pempengaruh dan usahawan terkenal, Kieda Crepe, berkongsi berita gembira apabila kakaknya selamat menimang cahaya mata perempuan pada pagi Isnin.

Kakak selamat melahirkan

Kakak kieda crepe selamat melahirkan

Berita itu dimaklumkan oleh Kieda menerusi satu ciapan yang dimuat naik di platform Threads miliknya sendiri.

Berdasarkan perkongsian tersebut, Kieda memaklumkan kakaknya melahirkan bayi secara normal selepas bukaan mencecah 10 sentimeter (cm). Proses kelahiran juga berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi.

“Alhamdulillah, Kakak Kieda dah bersalin baby girl.
“Tadi dah terbuka 10cm, normal and tak ada jahitan pula tu. Syukur Alhamdulillah,” kongsi kenyataan tersebut.

Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi warganet dan rata-ratanya mengucapkan tahniah atas kehadiran penyeri baharu dalam keluarga kecil kakaknya itu dan mendoakan agar urusan kakaknya dipermudahkan.

Artikel lain: Kieda Crepe umum hamil anak ketiga – “Allah hadirkan zuriat saat aku reda semuanya”

Sebelum ini, Kieda Crepe mengumumkan dia kini sedang hamil anak ketiga dan telah memasuki trimester ketiga kehamilan.

Dia meluahkan rasa syukur atas rezeki itu, terutamanya setelah mengharungi alahan teruk dan penantian selama lima tahun selepas anak kedua.

Sumber: Threads kiedx_





Source link

OR

Scroll to Top