'Andre tidak pernah menyusahkan walaupun dalam keadaan sakit' – Suami Amyza Aznan

'Andre tidak pernah menyusahkan walaupun dalam keadaan sakit' – Suami Amyza Aznan


Kuala Lumpur : Suami Amyza Aznan iaitu Khairil Idzhar Md Nazir menyifatkan Allahyarham Andre Mikhail sebagai anak yang baik serta tidak pernah menyusahkannya biarpun sakit.

Kharil mengaku kuat berdepan pemergian anak sulungnya itu berikutan Allahyarham Andre dijemput pada Ramadan.

“Andre anak yang baik dan tidak pernah menyusahkan walaupun dalam keadaan sakit.

“Itu yang kuatkan saya kerana dia pergi pada bulan Ramadan,” katanya kepada media di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini.

“Seharian kami tidak dapat bercakap dengan dia, seperti dia ditidurkan walaupun dia sedar sehinggalah nafas terakhir.

“Semalam kami sudah diberitahu keadaan anak sangat kritikal. Kami sentiasa ada di sisinya.

“Setiap masa saya ada dengan arwah… Alhamdulillah semua dipermudahkan. Perginya anak yang soleh ini terlalu mudah bagi saya kerana dia pergi ketika saya ada di sebelah,” katanya.

Khairil berkata, Allahyarham Andre mengadu mengenai keadaannya yang semakin tidak kuat.

“Dia ada cakap kenapa dia makin lama makin tak kuat. Saya cakap itu prosesnya dan dia faham,” katanya.

Allahyarham Andre meninggal dunia di HKL selepas setahun disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Jenazah Allahyarham Andre dibawa ke Masjid Al-Khairiah AU3, Keramat untuk disolatkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, jam 9 pagi ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top