Pelakon, Aida Aris menerima kecaman segelintir netizen susulan tindakannya membuat siaran langsung bersebelahan jenazah anak kepada rakan selebriti, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail.
Menerusi video berkenaan, kelihatan Amyza sedang berehat sambil memeluk erat jenazah anaknya di Masjid Al-Khairiah AU3 sebelum proses pengebumian dijalankan.

Tindakan tersebut bagaimanapun mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan warganet yang menyifatkannya sebagai tidak sensitif.
Namun begitu, Aida memilih untuk membalas komen-komen diterimanya secara ringkas dengan menulis, ‘Al-Fatihah’.


Jenazah Andre Mikhail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada jam 10.40 pagi, Selasa.
Allahyarham yang sebelum ini menderita kanser paru-paru tahap tiga sejak setahun lalu menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.15 malam Isnin di Hospital Kuala Lumpur.
Kredit foto: Harian Metro
Artikel Berkaitan: Setahun Lawan Kanser, Suami Amyza Aznan Reda Pemergian Anak Di Bulan Ramadan – “Walau Sakit, Dia Tak Pernah Menyusahkan”
Artikel Berkaitan: Derita Kanser Paru-Paru, Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia






