Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menasihatkan agar orang ramai lebih bersabar dan tidak mencemuh makanan terutamanya ketika membeli atau berbuka puasa di luar.
Menerusi perkongsian di Threads, Fazley berkata, tidak semua hidangan yang dijual atau disajikan menepati citarasa setiap individu sekali gus menegaskan itu bukanlah ‘tiket’ untuk memarahi orang lain.
“Just nak pesan kalau kau orang makan di luar bulan-bulan puasa ni, bawa-bawa lah bersabar bila makan tak rasa sedap di tekak kau orang. Tak perlu nak marah-marah, siap panggil manager bagai.
“Tak sedap di mulut kau orang, tetap ada yang boleh makan dan enjoy the food,” katanya.
Dalam pada itu, Fazley turut menegur sikap sombong segelintir pihak apabila bertindak mencemuh makanan yang tidak menepati selera mereka seolah-olah mereka adalah cef terhebat.
“Tak perlu sombong rasa macam kau orang lah terpaling juri Masterchef. Bawa-bawa lah bersabar, kalau setakat kurang rasa, atau masak kicap rasa macam kari hangit, maafkan jelah mereka. Melainkan kalau dalam bubur lambuk tu ada anak hamster tengah kuak lentang!,” jelasnya.







