Seorang individu tampil mempertahankan selebriti popular, Nur Fazura selepas kenyataannya menganggap lelaki ‘gentleman’ akan mendahulukan wanita berjalan di hadapan untuk menjaga keselamatan mereka dipertikai.
Menurut individu terbabit, perkara tersebut tidak wajar dipertikaikan memandangkan dirinya juga mengalami perkara sama.
“Tak Faham kenapa ramai sangat yang nak bitter apa yang Fazura cakap tentang perempuan jalan depan.
“Aku pun kalau pergi pasar dengan husband aku memang dia akan selalu bagi aku jalan dulu. Sebab senang dia nak jaga dari belakang.
“Benda kau boleh fikir in a positive way, nak juga cari salah orang dah kenapa?,” soal individu berkenaan.
Sedar dengan hantaran yang ditinggalkan, Fazura tampil membalas kenyataan individu berkenaan dan menegaskan, pihak yang kurang senang dengan kenyataannya itu mungkin mengalami masalah sehingga sanggup berfikiran negatif terhadap orang lain.
“Bitter sebab diri tu dah bitter dengan life sendiri kot. Tapi bitter gourd sedap sis, macam mana?,” katanya.

Terdahulu, Fazura meluhkan rasa kagum dengan tindakan Que Haidar yang menyuruhnya berjalan di hadapan kerana ia mengubah persepsinya terhadap lelaki Melayu.
Menurutnya, tindakan itu selari dengan ajaran agama yang memuliakan wanita.






