CAS klasifikasikan kes tujuh pemain warisan berprofil tinggi, keputusan minggu depan

CAS klasifikasikan kes tujuh pemain warisan berprofil tinggi, keputusan minggu depan

CAS klasifikasikan kes tujuh pemain warisan berprofil tinggi, keputusan minggu depan


Tujuh pemain warisan Harimau Malaya menanti keputusan akhir di CAS yang dijangka akan diumumkan minggu depan.

MAHKAMAH Timbang Tara Sukan (CAS) memaklumkan pihaknya memerlukan sedikit masa untuk meneliti dan membuat pertimbangan berhubung kes melibatkan tujuh pemain warisan berprofil tinggi.

Pegawai CAS, Vanessa menerusi satu kenyataan berkata, panel yang ditugaskan kini di peringkat mesyuarat bagi meneliti segala hujah susulan sesi pendengaran kes berkenaan.

Menurutnya, walaupun tarikh dan masa spesifik belum dapat dipastikan, namun keputusan awal dijangka diketahui umum pada minggu hadapan.

“Susulan sesi pendengaran hari ini, panel akan mengambil masa untuk bermesyuarat dan membuat pertimbangan.

“Saya tidak dapat memberikan tempoh masa yang tepat bagi keputusan itu, namun keputusan (tanpa alasan penghakiman) dijangka dikeluarkan minggu depan,” katanya.

Vanessa menjelaskan CAS akan mengeluarkan satu kenyataan media rasmi sebaik sahaja keputusan dicapai memandangkan status kes tersebut dikategorikan sebagai berprofil tinggi.

Tambahnya, selepas pengumuman dibuat, penjelasan penuh yang merangkumi alasan penghakiman akan turut disediakan dan diserahkan kepada pihak-pihak yang terlibat.

“Sekiranya pihak terbabit tidak memohon (sebarang perintah) kerahsiaan berhubung perkara ini, keputusan berkenaan akan tersedia dan dimuat naik di laman sesawang rasmi CAS,” ujarnya.

Sebelum ini, FIFA menjatuhkan hukuman kepada tujuh pemain warisan negara selepas didapati bersalah melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan kesalahan pemalsuan dokumen.

Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel dikenakan dikenakan denda CHF 2,000 (RM10,650) serta digantung 12 bulan dari sebarang aktiviti berkaitan bola sepak manakala FAM didenda CHF 350,000 (RM1.8 juta).

FAM terlebih dahulu membuat rayuan di FIFA namun ditolak dan kemudiannya mengemukakan kes tersebut ke CAS.

Ringkasan AI

  • MAHKAMAH Timbang Tara Sukan (CAS) sedang meneliti kes melibatkan tujuh pemain warisan berprofil tinggi
  • Vanessa dari CAS menyatakan panel sedang dalam peringkat mesyuarat untuk meneliti hujah susulan sesi pendengaran
  • Keputusan awal mengenai kes ini dijangka diketahui minggu hadapan
  • CAS akan mengeluarkan satu kenyataan media rasmi setelah keputusan dicapai
  • FIFA sebelum ini menjatuhkan hukuman kepada tujuh pemain warisan kerana melanggar Kod Tatatertib berkaitan pemalsuan dokumen



Source link

OR

Scroll to Top